Want your
own Fotopage?










 
Jurugambar, Jurufoto Fotografi Perkahwinan, Jurugambar Perkahwinan, Johor Bahru.

By: RnZ Photo JB

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Friday, 1-Oct-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark


Wedding Story Book
sila klik http://rnzphoto.fotopages.com/?entry=1950068&back=http://rnzphoto.fotopages.com/?page=1#CommentsTop

Promosi Outdoor Studio
sila klik http://rnzphoto.fotopages.com/?entry=1905020&back=http://rnzphoto.fotopages.com/?page=1#CommentsTop

Kursus Asas Tani - penanaman cendawan tiram kelabu
sila klik http://dusuntua.fotopages.com/


The Best Compliment From Our Customer
A big thanks to Idiana for your good compliment !
http://asaridiana.weddingannouncer.com/vendors.html

Award drpd Rakan FP yg sgt2 dihargai !


Untuk Entry Terkini sila scroll ke bawah, thanks !




nice... Thu 5-Nov-2009 01:07
Posted by:syahnann syahnann@yahoo.com  - [Link]
peghhhh superb2 gambor kat sini
Sat 7-Nov-2009 11:57
Posted by:azlanyusoff im1stnature@yahoo.com.my  - [Link]
salam, tuan tanah tumpamg...

mediafoto dengan wajah baru
singah di....

http://www.kor-9.com
http://www.kor-9.blogspot.com
Sat 7-Nov-2009 17:41
Posted by:www.kor-9.com kornain@yahoo.com.my  - [Link]
View all 130 comments Add comment


Tuesday, 3-Nov-2009 15:36 Email | Share | | Bookmark
Cenderahati . . .

 
 
Cenderahati . . .orang dulu-dulu kata buah tangan tapi hari ini ada yang kata 'doorgift' apa pun ia adalah ingatan tulus ikhlas tuan rumah kpd tetamu yg sudi menghadirkan diri di dlm majlis mereka








apa pun ini adalah air tangan kita
sesiapa yg ingin mengetahui lebih lanjut boleh KLIK di RnZ Kraf
http://rnzkraf.fotopages.com

cantiknyaaa....
saya pun x lama lagi adik2 nak kawin nak gak cari idea nak buat doorgift ni.....
Fri 6-Nov-2009 06:23
Posted by:iezah azizam  - [Link]
Best2..Curik satu leh? Sat 7-Nov-2009 01:50
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
singgah jap tgk2 doorgift... kalau bukan tuk wedding boleh tempah ker? hehehhe... Sun 8-Nov-2009 05:12
Posted by:spastic rhyme  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Sunday, 1-Nov-2009 17:46 Email | Share | | Bookmark
Muhammad Ammar Hafiz Ramlan

 
 
 







ni..Kakak Sarah nak try ambik gambar ibu,ayah & baby




RnZ Photo JB

Tel: 019/013 - 7766 593
Email : rnzphoto@live.com.my

penuh story dari mula2.. ni,
selamat hari lahir juga buat adik Hafizz..
semakin comel ni..
Tue 3-Nov-2009 11:02
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
salam manis buat rnz sekeluarga,mak teh diTaman Mawar, Pasir Gudang.sila la kerumah. comenya anak2.n pa n ma jugak Tue 3-Nov-2009 12:14
Posted by:mak teh makteh59@gmail.com  - [Link]
happy birthday to hafiz.....
ceria abg dgn kakak posing dgn Hafiz...
tengok Hafiz makan seketuii ayam habis ke tu.......
Tue 3-Nov-2009 23:40
Posted by:Mamasya  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Monday, 26-Oct-2009 09:55 Email | Share | | Bookmark
Penghujung Selatan Tanah Besar Asia . . . . .

 
 
 
Aktiviti menanam pokok bakau oleh isteri / suami duta-duta negara-negara Eropah sempena lawatan ke Iskandar Malaysia.
Aktiviti telah dilakukan pada 13 Oktober '09 di Taman Negara ( Johor ) Tanjung Piai, Pontian.
















Demi keseimbangan ekosistem . . . harap2 tak digempur Tsunami !


Photographer : Ramlan A. Rahman

Email: rnzphoto@live.com.my
Tel : 019/ 013 - 77 66 593


menariklah entry nie....tmptnya pon cantik..
tk penah smpai lg ke tg piai...
Fri 30-Oct-2009 10:34
Posted by:nurul  - [Link]
cantik jgk view kt taman negara tg piai ni.......
akak pn blm penah lg sampai sini........
cantik gambar2 kt sini....
guna kamera canon ke?
Sat 31-Oct-2009 15:13
Posted by:baayah  - [Link]
bila nak update? kite dah update.. Sun 1-Nov-2009 03:18
Posted by:LITTLESTARS STUDIO PHOTOGRAPHY littlestars_studio@yahoo.com.my  - [Link]
View all 44 comments Add comment


Tuesday, 20-Oct-2009 05:53 Email | Share | | Bookmark
Nor Zailis Zaidah & Muzaffar

 
 
 
Majlis berlangsung di Dewan Raya Taman Sri Pulai, 81110 Kangkar Pulai JB.








Jatuh melayang ditiup angin, sena di hutan tempat berteduh, cantik sungguh seri pengantin, moga berkekalan berpanjangan jodoh . . . .



Sireh bertepuk , pinang menari




by : RnZ Photo JB ( 013-019 ~ 7766 593)
Email : rnzphoto@live.com.my

Org johor mmg cantik2- sekali - moga aman damai kalian semua Wed 28-Oct-2009 14:08
Posted by:PakDiN  - [Link]
nice..i like this foto..outdoor photo shoot.. Fri 30-Oct-2009 03:23
Posted by:wardah wardahqaseh_02@yahoo.com  - [Link]
singgah2..jenguk...
http://hantaranhati2010.blogspot.com/
Wed 4-Nov-2009 08:31
Posted by:niesa amersya@gmail.com  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Saturday, 10-Oct-2009 05:13 Email | Share | | Bookmark
Yang pergi tak kembali lagi . . .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri . . . .salam Syawal 1430Hijrah.

Ribuan kemaafan kepada rakan fp yg tak jemu bertandang & memberi ucapan selamat berpuasa & Hari Raya kepada kami . . . malahan byk kad ucapan yg tidak sempat diambil . . . maaf sangat-sangat kerana keadaan tidak mengizinkan.

Di Ramadhan yg penuh keberkatan & rahmat itu ibu saya telah di masukkan ke hospital. Tak kira siang @ malam hingga ke dinihari jika ada keizinan dariNya saya ke hospital untuk melawat ibu. Syukur kepada tuhan kerana memberikan keizinan & kesempatan kepada kami adik beradik untuk sentiasa bersamanya walaupun seketika . . .bersyukur juga ADIK orang yg menjadi peneman ibu yg setia dihospital. Kalau tidak ada beliau selalulah ibu keseorangan di hospital.

Bersyukur sekali lagi doktor memberi keizinan untuk ibu menyambut Hari Raya di rumah sebelum di rujukkan semula ke HSA JB pd raya ke-2. Raya pertama itu kami sempat membawa ibu ke rumah nenek & atuk di kampung. Sempatlah ibu beraya bersama kaum keluarga & sanak saudara yg pd pengamatan kami luar biasa ramainya tetamu yg dtg bertandang sehingga tak menang tangan. Ibu tak kemana-mana hanya berehat sahaja pada hari ini & makan pun tak lah berselera mcm selalu.

Pagi raya ke-2 adik Khir & Zubaidah membawa ibu ke HSA JB . . . ibu nampak sihat tetapi nampak terlalu sedih. Bermula awal malam ibu mula sakit & sakitnya semakin kritikal dinihari. Syukur sekali lagi di subuh itu kami adik beradik masih setia bersama ibu di hospital . . . akhirnya Dia meninggalkan kami ber-5 beradik . . .

Pujian di berikan kepada Dr. Dimitraj (MOPC) & nurse yg bertugas pada masa itu kerana sedaya upaya berusaha menjalankan tanggungjawab mereka dgn baik tapi Tuhan lebih menyayanginya . . . .Al-Fatihah buat ibu Noriah bt Hj. Ab Wahid ( Kembalinya kpd pencipta yg Maha Esa pd 22hb Sept 2009 - 3 Syawal 1430Hijrah )

*Terima kasih kepada suami yg sudi menjaga anak-anak yg masih kecil . . .

Ramai sungguh sanak saudara & jiran tetangga walaupun jauh tetap datang menziarahi jenazah ibu di rumah kami di kampung . . . Terima Kasih semuanya !

Salam takziah diatas pemergian ibu nya, semoga arwah nya sicucuri rahmat. Tue 27-Oct-2009 00:55
Posted by:Mummy Jam  - [Link]
salam takziah....al-fatihah Wed 28-Oct-2009 01:56
Posted by:kuchai
Salam perkenalan...& salam takziah dr saya sekeluarga utk akak. Moga2x dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2x yg beriman. al-fatihah. Tue 3-Nov-2009 05:00
Posted by:Ema abphoto09@yahoo.com  - [Link]
View all 42 comments Add comment


Thursday, 1-Oct-2009 16:16 Email | Share | | Bookmark
Wedding Story Book

 


Wedding Story Book 12" x 15"




Custom Album 10" x 12"




Tel : 013 7766593 | 019 7766593
E Mail : rnzphoto@live.com.my


Care to comment?


Tuesday, 11-Aug-2009 18:11 Email | Share | | Bookmark
Jamil & Emelia

 
 
 
Majlis Persandingan ini telah diadakan di Taman Sri Pulai, Skudai JB

Sakat menyakat Pengantin Lelaki . . . . biasa la orang Johor mesti mintak duit tol. Kalau pergi majlis kenduri yg tak de tol rasanya mcm tak lengkap je majlis tu. Tak tau la kan kalau kat negeri lain, sebab dari kecik sampai dah beranak pinak ni tu je la juadah mata kita di Johor ni. Sedikit sebanyak tambah meriah la majlis pengantin tu kan.





Sementara meng'edit' 3 gambar ni boleh duduk termenung sekejap depan PC. Bila tengok deretan kerusi putih ni teringat my husband cakap . . . kalau dulu2 photographer ambil gambar mesti gambar dia kena tegak & tersusun. Kena cari sesuatu yg tegak sebagai panduan seperti tiang pelamin ke, tangan @ kaki pengantin supaya gambar tu jadi tegak. Kalau tak tegak orang kata tak pandai ambil gambar. Kini zaman sudah berubah . . . berubah dgn sangat jauh bezanya. Ambik la cara mcm mana sekali pun orang masih boleh terima.








Yang tutup muka pengantin ni namanya Kak Lela, dia kalau jaga pengantin memang tahap pro belum pernah jumpa lagi dia duduk makan semeja dengan pengantin semasa Majlis Makan Beradap. Masa Fenda TV3 kahwin pun dia la juga yg layan pengantin, itu pun nampak kat tv je rancangan NONA.
Last jumpa Kak Lela masa arwah Indra meninggal kat bilik mayat HSA JB. Lama betul rasanya tak jumpa, Indra meninggal dunia July'06 . . . .Al-Fatihah buat arwah Indra ( make-up artist glamor semasa hayatnya ).





Indah Zapin Warisan Bangsa, Kemegahan Melayu Anak Johor,
Indahnya Budi Kerana Bahasa, Melayu Kita Telah Termahsyur.

Lagu Zapin Rentak Melayu, Warisan Dahulu Tinggalan Kini,
Biduan Berseni Biduan Dahulu, Karangan Indah Laman Murni.






Semoga berpanjangan jodoh kedua mempelai !


By: RnZ Photo JB 019 / 013 - 77 66 593

nice shoot.. Mon 14-Sep-2009 01:35
Posted by:Gambarrosak Photography :D wgq4407@hotmail.com  - [Link]
tu ler dier ..adat johor..kalau tak bayar tol ..memang tak sah ..jawab nyer Tue 27-Oct-2009 23:26
Posted by:unnamed
Takziah... jadikan ianya kekuatan untuk kita lebih bersemangat.. doakan kesejahteraannya...Amin. Wed 28-Oct-2009 07:20
Posted by:adinshah ashaari p.studio21@gmail.com
View all 31 comments Add comment


Monday, 3-Aug-2009 05:53 Email | Share | | Bookmark
2 Pasangan Mempelai @ AT 1

 
 
 
Entry ke-3 & terakhir bg Majlis Perkahwinan adik-adik kami.

Bagi pihak keluarga kami ucapkan terima kasih kepada tetamu kedua belah pihak mempelai yg dtg dr Negeri Sembilan & Mersing serta para jemputan yg sudi hadir di Majlis Perkahwinan ini. Tidak lupa juga kepada kaum kerabat & jiran tentangga yg telah bersama-sama menyumbang tenaga tidak kira siang @ malam.

Molek Teratur Jari Tersusun, Inai Di Lukis Di Tapak Tangan,
Cantik Mempelai Anggun Sedondon, Meriah Majlis Dalam Ingatan.





Senja Di Muara Nampak Kelam, Camar Pulang Terbang Tinggi,
Awal Majlis Di Mulakan Khatam, Majlis Di Akhiri Dengan Berzanji.



Bersampan Berkolek Mudik Ke Hulu, Ingin Mencari Buluh Semambu,
Bungga Manggar Menyambut Menantu, Bunga Telur Manyambut Tetamu.




Rupanya Hana (sepupu kitaorang ) jadi ketua jurutol ! De' je mintak duit ek . . .





Jatuh Melayang Di Tiup Angin, Sena Di Hutan Tempat Berteduh,
Cantik Sungguh Seri Pengantin, Moga Berkekalan Berpanjangan Jodoh.



Beras Membukit Di Dalam Talam, Bawang Merah Halus Di Mayang,
Cinta Kasih Sayang Mendalam, Menjadi Hadiah Buat Tersayang.



Bukan Lancang Sebarang Lancang, Lancang Menempuh Lautan Biru,
Bukan Datang Sebarang Datang, Datang Merai Pengantin Baru.










Berbunga-bunga Menyusun Ayat, Disusun Cantik Amat Memikat,
Majlis Gemilang Sepanjang Hayat, Di Dalam Kenangan Di Simpul Diikat.


RnZ Photo JB : 019/013 - 77 66 593

Tumpang iklan yer tuan umah.....

Inginkan pakej-pakej menarik untuk majlis perkahwinan ataupun pertunangan dengan harga yang berpatutan
sila layari http://asmaharis.fotopages.com

Berminat sila hubungi Pn Asma : 017-2048122
Email/YM : asmaliza79@yahoo.com
Wed 14-Oct-2009 03:29
Posted by:As asmaliza79@yahoo.com  - [Link]
memang cun la kak semua gmbrnya
angel pun cantk..
Mon 26-Oct-2009 17:27
Posted by:a payungemas@yahoo.com.my  - [Link]
Terima kasih melawat FP saya... Apa khabar? Wed 28-Oct-2009 05:46
Posted by:Azli Yusof noorazliyusof@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Thursday, 30-Jul-2009 20:15 Email | Share | | Bookmark
Rasidah & Dr. Kamarulzaman

 
 
Foto2 disekitar Majlis Pernikahan adik perempuan En. Ramlan.

Majlis Pernikahan ini telah dilangsungkan selepas waktu zohor pada tarikh 25hb Julai 2009 Bersamaan dengan 3 Syaaban 1430 Hijrah. Bertempat di kediaman ayahbonda beliau di No. 280, Felda Air Tawar 1, 81920 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.




keadaan suasana di halaman luar rumah . . .

ni Uteh sedang mengerjakan biri2 yg dibuat akikah anak2 sedara mempelai perempuan. . . .

jiran tetangga, adik beradik, mak sedara & atuk sedara sama2 merewang di dalam rumah . . .


Ketibaan kerabat mempelai lelaki daripada Negeri Sembilan Darul Khusus. . . mereka mengiringi mempelai lelaki dengan 15 buah biji kereta . . . ramai sungguh . . .semuanya hadir dengan wajah ceria & bahagia. Kedua2 mempelai dirai dengan begitu meriah oleh sanak-saudara!

Cantik Berseri Indah Rupawan, Raja Sehari Memikat Hati,
Dari Jauh Datang Berkawan, Datang Merai Anggun Sejoli.






Sireh Pinang Di Dalam Puan, Duduk Bersama Membuka Kata,
Cantik Harum Bunga Di Taman, Buat Suntingan Anak Teruna.

Daun Sireh Bunga Melur, Mari Dipetik Di Dalam Taman,
Hati Terpaut Tepak Dihulur, Emas Berpadu Jadi Hantaran.







Kasih Tersulam Keluarga Bertandang, Datang Membawa Hajat Di Hati,
Sireh Dijunjung Dulang Ditatang, Hantaran Pengiring Seikhlas Hati.

Tinggi Menegak Sipohon Kempas, Kukuh Lagi Sikayu Jati,
Gubahan Hantaran Cantik Dihias, Untuk Kasih Pujaan Hati.



*Entry selepas ini adalah untuk liputan Majlis Persandingan . . . .


by : RnZ Photo 019 / 013 - 77 66 593

Salam bro n sis..
wah meriahnya majlis..
suka tengok suasana orang kampung tgh rewang..

Sat 1-Aug-2009 14:45
Posted by:fahdfaisal fahdfaisal78@yahoo.com  - [Link]
simple yet smart layout! Sun 2-Aug-2009 04:23
Posted by:zlphoto  - [Link]
cantekknyer sireh junjung tu.... Wed 16-Sep-2009 01:27
Posted by:surihafiz uyi_78@yahoo.com  - [Link]
View all 22 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.